Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor melancarkan portal Skim Jaya Usahawan Belia (SYABAS) di Menara Kinabalu, pada Selasa.
SYABAS merupakan inisiatif baharu kerajaan negeri yang diperkenalkan dalam Belanjawan 2022 bagi memacu gerakan pembangunan ekonomi serta pengukuhan potensi para belia Sabah.